Assalamualaikum….hehe.pertama kali bagi salam ni..biasanya main tulis jer. Ai..letih betul hari raya ni.bukan letih apa, tapi letih pergi toilet.hehe. kenapa? Ye la, bermacam-macam juadah bercmpur dalam perut ni mahu tak cirit-birit. Dari almond London sampailah ke rendang tok ye tak..hari ni dah raya ke-4, xbnyak program sangat, so sempatlah nak update blog ni. Dah lama Alif xupdated blog ni..sebelum raya sibuk membelih belah
barang raya sampai terbelah wallet Alif ni. RM500 melayang, tak tau la beli apa.hehe. Kat umah plak xde line berukband, tu yang payah cikit tu..Hari ni jer baru terdetik nak pergi cari CC . Nak pergi KFC jauh sangat walaupun free wifi dier kan..xpe lah, terpaksalah korbankan RM2 sejam.
OK lah Alif nak citerkan cikit pasal Hari Raya Alif pada tahun ni. Tahun 1430 Hijrah bersamaan 2009. Sebenarnya raya tahun ni xberapa best la. Sebab..(tunggu entri seterusnya ye)hehehe. Tema family Alif tahun ni ialah purple..tapi tak rancang pun sebenarnya..Kebetulan jer semua ni. Semua pakai purple kecuali Abah dan adik. Diaorang pakai kuning la plak..tapi yang lain semua purple..citarasa sama..ish3…
For da first day, macam biasalah pergi sembahyang raya pagi tu kan..jalan kakki jer. Sebab rumah Alif dekat jer dengan masjid. Pagi tu Alif pergi lambat cikit sebab bangun lewat. Letih naik bas tak hilang lagi.bayangkan la, pukul 10pagi naik bas, pukul 10 malam baru sampai Kelantan. Nasib baik tak dapat bed sore jer sebab buat positioning 4 jam sekali.hahaha.ok sambung lagi,lepas balik dari masjid Alif sambung la tidur kejap.hehe. Alah, 5 minit je la. Lepas itu pergi ke rumah datuk sebelah Ma. Dekat jer, 2km dari rumah Alif. Kat rumah datuk dapat makan laksa. Ni laksa Kelantan erk..xsama dengan laksa penang tu. Sejak itu bermulalah campuran makanan dalam perut Alif ni. Dah kenyang makan laksa, perut pun dah kembung ape lagi, blah la…bnyak lagi destinasi ni. Seterusnya rumah mak saudara sebelah rumah datuk. Woow..kat sini dapat makan nasi warna kuning..nasi apa erk..nasi minyak kot. Ntah la..dah lupa. Alif tau makan jer..hehehe. nama tak penting kan..:-P
Raya ke-2, bangun pun dah pukul 10 lebih..letih la..hari ni hambar cikit.aktiviti raya tak begitu rancak sangat. Lagipun hari ni ada kenduri kahwin rumah sepupu. Pada pukul 1tgh hari Alif pergi lah ke situ.pergi rumah datuk sebelah Abah dulu sebab dekat jer dengan tempat kenduri tu. Sebelah rumah jer. Ade la tolong cikit-cikit kat kenduri tu selain menyumbat nasi dalam perut jer kan. Ni jer kot untuk raya ke-2. Dah tak ade mood plak nak citer pasal raya ke-2 ni.cukup la ni erk.
Untuk raya ke-3, tibalah masa untuk menjelajah keluar cikit. Hari ni rancangnya nak pergi beraya rumah cikgu dengan kawan Alif. Janji pukul 10.30 tapi sampai pukul 12 pun tak boleh pergi lagi. Bukan apa, on da way nak ke rumah cikgu Alif tu adalah singgah rumah kawan-kawan lain. So, lama jugalah berborak. Ye la, dah lama tak jumpa. Banyak plak cerita yang hendak dikongsi. Dah lama tak jumpa ni, makin handsome plak budak2 ni. Alif ? tak yah cakap lah sebab dah memang konpom handsome. Hehehe. Dah habis lepak dengan budak-budak ni, lebih kurang pukul 2 lebih barulah gerak pergi ke destinasi yang sebenarnya iaitu Ke rumah Cikgu Alif. Sebenarnya Alif dah janji dengan kawan-kawan alif yang lain dekat rumah cikgu. Sampai berbulu diaorang tunggu.hahaha. bila dah sampai tu diaorang pun dah nak balik dah. So, kejap je la beraya umah cikgu. Segan la 2 orang jer, kalau ramai-ramai xla segan sangat..huhuhu. dah blah dari rumah cikgu, Alif gerak ke pasir mas plak. Beraya kat rumah EX-GF.hehe. ex Alif xde pun, umi dia jer yang ada. Elok la tu, Alif sebenarnya pun pergi nak beraya ngan Umi jer. Walaupun dah xde pe-pe ngan anak die Alif masih baik ngan Umi. Alif dah anggap Umi tu macam Umi Alif sendiri..
Raya ke-4 ni rancang nak pergi beraya rumah my future wife. tapi die balik kampung pulak. jauh pulak tu.nun jauh kat Patani sana. melepaslah Alif nak beraya umah mertua. hehe..dah3..sampai cini je la.letih la taip ni. k, bye..selamat berpuasa 6 ye..
0 comments:
Post a Comment
pliz comment..