Ok, berbalik pada tajuk yang agak2 boleh mengenyangkan perut kat atas tu kan..ni, tersebut la al-kisah tentang sorang budak tu bangun awal-awal pagi iaitu kul 5 pagi.sanggup bangun tu walaupun dalam keadaan half conscious.Dalam keadaan HC tu tadi, die bergerak perlahan-lahan ke dapur. Peti ais dibukanya,lalu diambilnya fishball dan dipotong kecik-kecik.
lepas tu, giliran bawang pula diambilnya.lalu dibuang kulitnya dah dihempap dengan sejenis senjata tumpul yang diberi nama LESUNG BATU sejak berabad lamanya. Minyak masak dipanaskan dalam kuali yang diseludup oleh aku dari Pengkalan Kubor tidak berapa lama dahulu.setelah minyak tersebut agak-agak boleh melecurkan kulit,dua biji telur ayam gred B telah berenang dalam tasik berminyak tersebut.lalu kontang lah ia setelah beberapa minit.
Kini giliran Perencah Nasi Goreng jenama yang agak-agak boleh dikatakan terkenal seantero dunia iaitu Adabi bergembira dalam tasik berminyak tadi.Gembira betul nampak,hingga mengeluarkan aroma yamg begitu syahdu gitu.melihat kegembiraan tersebut, fishball juga turut menyertai perencah Adabi tersebut.
Kini tibalah lah masa sejenis makanan yang manusia panggil NASI untuk menerjah sama ke dalam tasik berminyak tersebut..begitu terpancar kegembiraan mereka bersama. lalu hujan garam mula ditaburi bagi memberkati lagi majlis tersebut..setelah, dipusing-pusing sudip dalam kuali tu,maka siaplah sejenis makanan manusia yang telah diberi nama pada kurun 18 iaitu NASI GORENG.
ni la nasi goreng tersebut
Tapi malang yang sememangnya tak akan bebau apabila ianya sudah siap memasuki tupperware untuk dibawa ke wad sebagai bekal,tetapi di'TER'tinggal kat atas meja.agak frust juga la budak tu kan. setelah penat bertungkus lumus,tapi xdapat merasai kemanisan air tangan sendiri.tekan sini untuk tahu sape budak tu yer..
ok,setakat ni je la nasi goreng yer..nak sambong tido balik ni..heheh
0 comments:
Post a Comment
pliz comment..